Sunday 5 January 2014

HADA LABO ♥

Assalamualaikum & hye . Happy new year . Hihi :)

Korang tahu Hada Labo skincare ? Maybe siapa2 yang rajin pegi Watson or Guardian korang pasti pernah nampak kan ? Sebab Hada Labo ni jarang lah ada jual kat mana2 supermarket , apa lagi kalau kat pekan2 kecil macam tempat aku ni . Tapi even pekan , tempat aku ada watson hokeyy . Pikir cincai ? kekekeke .
Actually aku dah terjebak dengan produk Hada Labo baru dalam 1-2 week rasanya . Niat di hati tu tak lain tak bukan selain daripada nak kelihatan ayu , jelita , tampan dan kacak opkos . HAHAHA xD Siapa tak nak kelihatan cantik mak oii ? Siapa ? Bilang kepadaku .

Okey . Seriously , sebelum ni memang aku tak pernah dengar produk Hada Labo . Selalu jugalah nampak kat watson tapi mata ni cuma tengok sekilah jelah . Lagipun tulisan kat depan produk tuk major tulisan Jepun . Tak tau lah sama ada tulisan hiragana , katakana or kanji . Aku pun tak pernah ambi bahasa jepun kat sekolah dulu , sebab aku ambik bahasa arab . Tu pasal lah aku ni tak rajin nak pegi tengok2 area produk Hada Labo bila pegi Watson sebab aku suka pegi bahagian makeup2 jak . Hihihi .



Kawan pun pernah cakap yang sepupu dia pernah guna produk Hada Labo , tapi aku ni langsung tak terdetik nak tahu pasal Hada Labo ni sebab dia tulis bahasa Jepun kan , kira takut nak try la benda yang pelik2 ni . Sebelum ni macam2 dah cleanser aku guna . Dari sabun papaya yang harga tak sampai RM5 . Maklumlah time tuh masi di bangku sekolah , jadi tak mampu nak beli yang mahal2 , yang penting ada pencuci muka kan . Lepas tuh pernah juga lah pakai Eversoft , Clearasil , Biore , Clean & Clear . Semua pun untuk cegah jerawat2 ni . Biasalah time sekolah menengah , time masi teenager , jerawat timbul sana sini . Hahahaha .

Bila dah habis sekolah , dalam tahun 2012 , time tuh aku baru start kerja . Time tuh muka memang banyak jerawat pasir kat dahi , then muka pun agak gelap juga lah sebab baru tamat sekolah kan . Time form 6 aku pegi & balik sekolah jalan kaki jelah , tu sebab muka pun free2 terdedah dengan cahaya matahari . Bila dah start kerja aku still guna produk Clean & Clear . Tapi produk tuh langsung tak membantu pun tuk cegah jerawat aku ni , So , aku beralih pula kepada produk Biore tak silap , yang untuk jerawat . Tapi di sebabkan time tuh nafsu makan aku membuak2 , suka sangat makan makanan berminyak , kacang2 , minum minuman yang manis2 , makin menjadilah tuh jerawat pasir kat muka , especially kat dahi . aduii .

Start sana lah aku terdetik nak guna produk lain sebab jeles kat kawan2 yang lain sebab muka dorang takda jerawat T.T Dalam hujung tahun 2012 tak silap , aku try lah tukar produk . Aku guna Beauty Soap keluaran D'Herbs . Yang ni pun aku 1st time dengar . Memandangkan kat sebelah kedai aku kerja tuh jual barangan kesihatan so aku pun rajin2 kan lah diri selalu pergi kedai sebelah . Dari sanalah aku guna Beauty Soap . Yang penting sabun tuh buatan Malaysia okey , jadi aku taklah takut nak try . Apa salahnya guna barangan buatan negara sendiri kan . kekekeke . Alhamdulillah , setelah aku guna sabun tuh secara berterusan jerawat aku dah mulai hilang & muka pun makin cerah & sampai mak aku suru kakak aku guna sabun D'herbs tuh . Tapi aku suggest dia sabun Lunas  keluaran D'herbs juga la (khas untuk jerawat teruk akibat resdung) . Dia cakap sabun tuk bagus :D

Tapi yang kurangnya D'herbs tu dia takda toner , krim siang & malam , moisturizer segala . Jadi kalau setakat guna cleanser jak memang tak dapat nak hilangkan semua cela-cela kat muka ni . Even Beauty Soap tuh okay kat muka aku , jerawat pun segan silu nak naik kat muka , tapi muka aku still nampak kusam kalau tak touch up compact powder . Parut jerawat juga salah satu masalah aku . Memang susah nak hilangggggggg . Erghh ! Tuh pasal lah aku dari dulu sampai sekarang still servay produk yang bagus , yang ada complete set ada toner , moisturizer segala sampai lah aku jumpa Hada Labo ku sayang ni . Kekekeke ,

Hah ! Yang ini cleanser dia . Harga time aku beli RM 18 lebih . Lebihnya tuh aku tak ingat . Hahahaha . Harga biasa RM19 lebih (lebihnya tuh pun aku tak ingat juga) . Tapi ada sale hujung tahun jadi ada murah sikit . LOL . Dia banyak jenis . Ada yang untuk acne , whitening & yang lain aku tak ingat . Dan aku pilih yang ini , whitening . Yang bagusnya ni cleanser ada moisturizing . Jadi after basuh muka confirm muka rasa lembab jak . Sudah tu kalau nak pakai ni benda pakai sikit jak sebab dia agak foamy . wihuuuuu  . suka sukaaa :D


Then , aku ambi yang ini . MOISTURIZING MILK . Actually time tuh aku still tak tau sangat tentang Hada Labo . Di sebabkan excited sangat nak try aku bantai jelah grab yang ni . Ada yang jenis macam air , dan yang ini dia kaler putih macam susu . Time tuh aku nak cari moisturizer yang sesuai tapi aku tak tahu yang mana satu sebab dia banyak jenis then kat depan tak banyak tulisan yang di fahami . Aku pun time tuh lupa nak baca kat belakang dia sebab dah terlampau bingung kan @.@


Aku nampak dia tulis DEEP HYDRATION . 2X Hyaluronic Acid . Maksudnya dia lagi Super Hyaluronic Acid dari yang biasa . Nak tanya pekerja Watson , tapi time tuh macam dia busy kat kaunter jadi aku beli jelah , malas nak tanya . Boleh tahan jugalah harga ni benda . Tak silap RM40 lebih or RM 50 lebih . Habis melayang duit T.T

Balik ruma terus aku guna dua2 benda ni . Seriously muka lembab after guna clenser dia , tapi yang moisturizing milk ni agak sticky kat muka . Bila dah pakai macam muka jadi berkilat sikit lah . Aku tak suka . Aduii . Actually , guna twice a day , memandang kan dia agak sticky aku just pakai sekali ja sehari , time malam . Siang pegi kerja aku tak pakai . Hehe .

Time pulang ruma aku terus search kat GOOGLE lagi , nak tahu lebih lanjut tentang Hada Labo ni & aku jumpa yang set whitening . Yang ini ..

sumber : google

Okay fineeeeeeeeeeeeee , sepatutnya aku patut beli yang ini okay . Yang ada ARBUTIN . Yang ini dua2 moisturizer okay . Beza , yang kiri tu WHITENING MILK yang sticky macam susu , lebih kurang dengan yang Deep Hydration tu , cuma yang ini ada ARBUTIN . Yang kanan tuh WHITENING LOTION , macam toner . Ada arbutin juga . Arbutin tuh apa benda ? Arbutin tu sebenarnya help  fight dark spots . Memandangkan sikap aku yang gelojoh lagi tak sabar so aku salah beli . Aku beli yang Deep Hydration yang 2X Hyaluric Acid tu lah pulaaaaaa , gambar yang kedua tadi tu T.T

3 hari lepas tuh , after pay day aku teruslah serbu Watson lagi . Pegi cari Whitening set yang ada Arbutin tuh & tadaaaaaaaaaaaaaaa ..


Saya dah belii . wihuuuuu . Yang besar gedebak tuh Whitening Lotion yang macam toner tuh . Yang kecik warna putih tuh clenser & kat bawah tu Whitening Milk . Saya sannnnnngggggaatttt gembira okay . Yepiiiiii . Oh ya . Harga ? Tak silap dalam rm40 lebihhh . Okay bye . Gudnite:)))))

Kalau sudi LIKE lah terus , okay .

Wednesday 11 December 2013

   Assalamualaikum & hye . Fuhh fuhh ~ *tiup habuk* Yes , I'm back gituu . Hehe . Lama juga lah kan xbuka blog ni kan . 99.9% of all sudah clean & clear . Dunoe lah , tetiba nak stop aktif jadi blogger . Bila dah lama makin tua ni , semua benda pun dah malas . Banyak benda nak di settle kan tidak kira la benda remeh or tidak . Maybe telampau fikir pasal future kan . Jadi benda tak penting ni di tinggalkan begitu seja lah kan . Ni tetiba nak berjinak-jinak kunun mau b'blogger balik sejak Cik Neneng kita tanya "Dik , xblogging ka suda?" . Haha . Bila dia sebut pasal blog sumpah aku xpernah terfikir lagi mahu mencarut ntah pa benda di blog ni bila suda blog aku ni clean habis . kekekeke . Tapi dua tiga hari ni tiap malam aku rajin pula nak online tapi xtau nak buat apa . Tetiba hati ni terdetik kunun mau menaip setelah sekian lama tidak main tekan2 ni laptop . Hahahaha .

    Yala , dulu aku banyak meluah masalah , share cerita hidup aku di blog ni lah , dari blog lama sampai lah aku buat blog yang baru ni sebab terlampau crowded tuh blog lama . Tau lah kalau dah namanya budak2 sekolah time tuh , kalau boleh blog tuh penuh dengan gambar kartun or artis2 korea . Oh goshh . Childish gila . Entry pun cakap pasal feeling seja . Terlampau main perasan seja kan xD Bila suda terfikir tentang blog ni , rindu pula nak meluah di sini . Actually , better meluah dengan Allah kan kalau ada masalah , tapi kekadang nak meluah ni pun ada cara tersendiri juga lah . Kekadang bila kita meluah di blog , share cerita hidup kita di sini , kita bukannya mahu berharap orang faham akan setiap benda yang kita lalui kan, Tapi satu hari nanti bila kita buka balik blog ni then baca balik semua ni mesti aku akan tersenyum sendiri . Maybe time tuh aku tengah bahagia kot . kekekeke .

   Sekarang ni pun bila aku stress sikit pun cepat sangat melenting , yang kena si Gendut lah . Kejam juga lah aku kat dia . Padahal dia lah paling concerned & care about me . Kekadang aku rimas jugalah bila dia telampau-lampau peduli dengan aku . adui . Bukan tak menghargai , cuma sometimes aku perlukan sedikit ruang tuk sendirian . Mau meluah dengan dia pun kekadang tak masuk dengan perangai dia . Dia jenis yang suka menasihat semua perkara dan aku jenis tidak dapat menerima semua nasihat yang aku dengar , maksudnya tidak semua semua just sesetengah perkara okay . Itulah masalah nya . Tu yang aku lebih suka curhat2 di belog , tiada yang boleh bagi respon bila aku bersuara . Tapi susah juga begitu kan , takut rasa diri ni semua betul ja pula nanti. Hmm . TO BE CONTINUED ..
Kalau sudi LIKE lah terus , okay .